Friday, April 17, 2009

Larangan ALTANTUYA buat rakyat semakin percaya.

Larangan menyentuh isu Altantuya dalam ketiga2 pilihanraya kecil membuatkan rakyat semakin percaya pemimpin tertinggi Negara terlibat dalam pembunuhan model dari Monggolia itu.

Laranagn tersebut dikeluarkan oleh kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri kepada semua parti2 yang bertanding di 3 bukit tersebut. Arahan itu membuatkan isu tersebut yang memang sudah hangat kembali menjadi topik di kalangan pengundi dan kebanyakan mereka membuat persepsi bahawa pemimpin tertinggi Negara terbabit dalam kes tersebut.

“kalau tak terlibat, kenapa perlu dilarang? Biasanya orang yang melarang ini orang yang bersalah” kata Rashid ali yang ditemui di sungai petani. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, ketu polis Negara menafikan mengeluarkan larangan tersebut dan seterusnya menyalahkan pegawai polis daerah Taiping yang mengeluarkannya.

Musa Hassan menegaskan, arahan polis itu merujuk alasan yang boleh dianggap subjudis atau mencampuri urusan mahakamah bagi kes-kes perbicaraan yang sedang berjalan. Mengulas, Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim berkata isu mahkamah tidak timbul. “Kalau subjudis, bawa kita ke mahkamah, kalau rasa tergnaggu najib boleh saman” kata Anwar kepada pemberita dalam satu sidang media di bukit selambau. “Arahan itu janggal. Tidak pernah ada larangan seperti itu dalam sejarah pilihanraya” tambah beliau.

Najib pernah bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya di sebuah masjid dahulu bagiu mengenepikan tuduhan terlibat di dalam kes tersebut..tetapi, bagi isu lain seperti komisyen pembelian kapal selam sebanyak Rm500 juta dan juga komisyen pembelian pesawat sukhoi seperti yang di dakwa oleh pembangkang tidak pula dijawab oleh najib.

Tiada kenyataan yang dikeluarkan beliau berhubung dengan dakwaan tersebut..tanggapan boleh dibuat bahawa beliau memang terlibat dengan dakwaan itu…sedangkan baliau sememangnya boleh menyaman pihak yang mendakwa beliau sekiranya beliau benar-benar tidak terlibat..tetapi beliau hanya mendiamkan diri.. adakah untuk mengambil masa menghapuskan bahan atau bukti kesalahan yang telah beliau lakukan..?pepatah melayu ada menyatakan bahawa sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..di akhirat kelak..pasti terbongkar semua perbuatan kita di atas dunia ini..